Saturday, August 4, 2012

kasi tips la pule

Assalamualaikum.....

entry kali ini special siket untuk berkongsi tips2 kecantikan luaran dan dalaman..
bunyi cam pakar kecantikan pulek...actually saya hanya orang kebanyakkan insan biasa berhidung bulat bermata kecik bukan sepet heeee~ bukan artis , bloger terkenal mahu pun model.. apa yang saya mahu share hanya dari pengalaman jatuh bangun sepanjang hidup.

segan sangat nk show off pic zaman jahiliah nie..ehehe..tp exclusive sebab nak share benda baik just think +ve  ;)

those yang ada sakit jantung jangan teruskan membaca entry ini ya..sila off dan bertadarus sampai khatam.. peace~ ^^, v



2010
2012



















picture kiri itu adalah saya..jgn terkejut..rilex je buat2 biasa..if tak mamapu nak tengok lagi sila tutup sebelah mata ya..dan mulut jangan ternganga  =)

hanya those yang menglami pengalaman yang sama memahami apa yang saya pernah rasa dulu..
sukar nak hadapi kehidupan seharian macam biasa.. malu nak keluar bilik berhadapan orang ramai. rasa nak pakai purdah je. dah la aktiviti sem 5 sgt banyak isk=(
menggangu ibadah harian. bayangkan awak sujud time solat muka awak macam nak tercabut jatuh atas sejadah.. hyperbola =p. apa yang saya maksudkan di sini sagat sukar. keadaan muka sangat panas dan berat + bengkak. nak sentuh muka pun takot. nak jalan laju2 pun awak boleh rase yang muka awak macam gegar2 nak jatuh sagat tak best. tragisss! =(

tapi saya bersyukur sebab time ini la kita boleh nilai siapa antara kawan-kawan yang betul2 ikhlas nak berkawan dengan kita dan siapa yang memilih paras rupa untuk berkawan dengan kita. Alhamdulillah rakan2 saya boleh terima keadaan saya seadanya baik rakan bilik..rakan kelas dan rakan2 kolej. BERSYUKUR SANGAT.

namun sebaliknya ramai insan2 di luar bila nmpak muka saya yang macam big foot ini mengambil kesempatan menawarkan produk2 mereka.
ada yang sampai nak maki2 sebab saya taknak beli produk2 yang mereka tawarakan. saya paham niat mereka baik. tp saya lebih berhati2 dalam memilih produk lebih2 lagi dengan keadaan saya yang macam itu.

sehinggalah rakan baik saya meng'syor'kan saya untuk membuat rawatan di Zai Beautu Formula .
nak cakap uols ZBF terbaik noks..layanan bak puteri di raja. dah nama pun rahsia kecantikan di raja. dah masuk rasa macam tak nak balik isk~

pada awalnya pihak ZBF terkejut dan tidak berani nak ambil resiko merawat muka saya.
takot saya tak tahan sebab produk ZBF nie TIADA CHAMICAL semua natural..kebiasaannya produk ZBF akan keluarkan dahulu segala chemical2 di sebalik kulit muka dan dalaman sehingga muka kita bebas chemical dan mereka jangka dalam masa 3 bulan untuk pulih kan muka saya. 

sebelum saya membuat keputusan mahu ke ZBF saya dah ke klinik ambil ubat bagai..tapi xdak apa2 kesan pun. akhirnya  pihak ZBF trima juga saya untuk membuat rawatan di situ. *munken tengok keadaan saya yang sadis sangat ketika itu. isk =(

 sedikit info about ZBF:
- produk2 di hasilkan dengan kaedah penapaian (nak tahu penapaian tu macam mana boley search kt google =)) dan dihasilkan sendiri oleh pengasas DR TUNKU ZAIDAR
- bahan semulajadi tanpa bahan pengawet. 
- produk ZBF ada YIS berfungsi untuk bagi produk tahan lama.
- ada expired date.
- bau2 herba dan masam tiada mengandungi pewangi.
mahu lagi detail boley trus ke page ZBF

oleh kerana produk ZBF ini boley tahan jugek la harganya. dan saya pula student lagi ketika itu.
pihak ZBF bagi sedikit petua untuk mencuci muka menggantikan produk2 ZBF yang dah habis.
nanti next entry saya ceritakan apa petua yang ZBF bagi. see kan saya dah cakap ZBF ini sangat bagus dan baik hati dah la layan kita like a princess..wuuu dreaming~
apa yang bagus baru mencuba produk ini muka saya memberi kesan yang +ve dalam masa seminggu dua sahaja. pihak ZBF agak terkejut dan seronok sebab mereka jangka muka saya akan pulih dalam masa 3 bulan. 

untuk permulaan ini saya akan berkongsi tips2 untuk uols yang mahu membuat treatment muka di mana2 spa kecantikan.
-pastikan jerawat di muka anda tidak dipicit, dan di pecahkan
ini pesanan dari ZBF. cara rawatan dengan memicit jerawat di muka sangat tidak bagus. ianya boleh meninggalkan kesan2 parut dimuka. andai kata ubat yang di sapu di muka selepas jerawat di picit tidak sesuai dengan muka anda, resikonya jerawat anda akan tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. beware oke jelitawan2 yang baca entry ini =)

-haba/wap panas
rawatan ini juga tidak sesuai. ianya bagus untuk jerawat senang keluar tanpa di picit. tapi kesannya riang roma/pori2 di wajah anda yang tulus mulus bak sutera akan terbuka. nanti kulit dah tak mulus lagi.



sebenarnya saya sedang keyin data in CMMS sekarang ini...ahaha sempat lagi update blog. erk tak baik punyeee...nanti kita smabung dalam next entry produk2 lain yang saya pakai untuk memulihkan muka saya yang kritikal ketika itu.. =))
 salam mesra.. =)








No comments:

Post a Comment