Thursday, August 16, 2012

.: Mood raya:.

Assalamualaikum....

masih di office ketika ini.....eh mana mood raya nieeee?
mybe esok pkul 4 pagi start enjin kereta duk kat tengah highway baru mood raya singgah kot.


mampuuu??

isk' ku mengharapkan highway lengang pepagi bute esok..tak dapat bayangkan kalau my baby A terselit dalam keadaan macam nie...mau lena dalam kete camie..

untuk raya tahun ini, buat nenda, bonda, adinda2, along tak dapat nak membawa pulang buah tangan sebab tahun ini tidak ke mana-mana untuk shopping isk'

BAJU RAYA?? nan ado yang aku boli...sume hasil dari belas ihsan rakan2 dan bonda..
ahahah kau hado??

*hasil pemberian, hadiah dan sumbangan my love ummi, siti hawa, nur saliha, n my aunty.. pastu ada baju raya tahun lepas tempah then lepas raya haji baru dapat..so carry forward untuk raya tahun ini..aha JIMAT! + sehelai baju beli untuk pakai time kenduri member baru pakai skali + baju seragam kawen uncle kat melaka 31 ogos ini..eh ada jugap 7 pasang bajuku iniee..melebih2 pulap...

kalau beli sendiri 1-2 pasang je baju raya.
raya harus beserdahana..
bersyukur apa sahaja yang kita miliki,
moga rezeki kita murah dan di berkati Allah. Aamiin~
 

 Akhir Ramadhan yang penuh kesyahduan, 
moga segala amalan kita di terima Allah,
rasa nak minta extra, tak cukup sebulan Ramadhan ='(
cukupkah amalan hamba mu ini Ya Allah....




 
SALAM LEBARAN BUAT SAHABAT, RAKAN TAULAN, GURU-GURU, 
FAMILY KUANTAN, NEW ZEALAND, THAILAND AND MAKKAH
FAMILY ANGKAT AT TANJUNG KARANG, AND PUTRAJAYA,
HOUSEMATE, EX-ROOMATE, 
DAN SEMUA UMAT ISLAM YANG MENYAMBUT HARI RAYA. ^^,


oke nak tonton video anak-anak buah yang dirindui. 
moga hadir mood raya jap lagi..
winduuunye gelagat anak-anak buahku iniii....






adui chaca...saket perut glak.
punye la takot kena langgar dengan abang2 and kakak2 sepupu die..




Monday, August 13, 2012

.menghitung hari.

Assalamualaikum......


Ramadhan kian hampir ke penghujung...sedih pulap rasa di hati...sayuu sebab ini ramadhan terakhir saya berpuasa di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin munkin jua Ramadhan terakhir buatkuu ='( 



facade light MTMZA


tempat jatuh lagi di kenang apatah lagi tempat mencari sesuap nasi... raya  keEmpat merupakan khidmat terakhir saya...

terima kasih tidak terhingga buat semua staff MTMZA, terutama sahabat2 GAESB, JAKIM dan JKR di atas segala tunjuk ajar dan kerjasama yang baik sepanjang saya bertugas di MTMZA. Halal kan makan minum dan segala ilmu yang di beri. iiisskkkk' 

TAK NANGES PONN =P  *control macho sooobb  ~_~,




keemoonn cik timah buat kerja betui2..huehuehue....




Syabasss nampak kegigihan besama tolang2. hukhuk.




cangkong jgn tak cangkong....eh  XY-ikon lelaki basuh dging la..ahahaha





en.ini (tak ingat nama) tunjuk pisau dia yang tajam baru lepas asah. yang lain fokus cuci daging smpai putih.





Caiyork2 ostad daging byk lg tuuuuuu





yang kiri tu ex-FM..buleyh pilih yang mana berkenan untuk buat MENANTUU ahak's





BCS team. si ikan buntal tom2 bak bersama sniornya faiz






atototooo tomeinye kakak kekek...







ikan2 buntal yang comel...fren 4-ever katanya =)






mak kekek yang segak lagi bergaya.




kenapa letak gambar korban? sebab ini je gambar yang ada dalam simpanan saya...ahahahaha
terima kasih tak terhingga sahabat2 MTMZA. Terima kasih juga Ustaz Redza sebab tolong tanda tangan + cop pengesahan UPU saya tempoh hari berkat cop mohor ustaz dapat saya smbung belajar.


ustaz Muhd Redza Ahmad time nikahkan Nabil.. ustaz yang sama juru nikah Irma Hasmi.. tak percaya?



hehee......



eh bergosip pulap..huehue.....

moga berjumpa lagi sahabat-sahabat MTMZA. untuk staff yang bercuti raya lama2 munkin tak sempat dah jumpe lepas raya..mohon maaf salah silap sepanjang kenalan..halalkan segala makan minum gurau senda..

Selamat Menyambut Syawal..Selamat hari raya semua..  *muka cool =_='

Wednesday, August 8, 2012

kasi tips part 2

Assalamualaikum.....


entry kali ini saya nak smbung sedikit dari entry lepas berkenaan rawatan kecantikan..
ZBF ada bagi sedikit tips yang menjimatkan kos, selamat dan memeberi kesan yang baik kepada muka. semua barang ada kat dapur. tinggal rajin atau malas ja. ehe...
nak pakai cap teratai ke ape2 brand terpulang la asalkan tepung beras.

bahan-bahan
tepung beras (3sudu makan)
(seringgit lebih beli kat kedai runcit Ah Sang sampai lar nie tak habis2) 
air masak (1 cawan)

cara-cara
- campurkan tepung beras dengan sedikit air masak. kacau smapai tepung sebati dengan air. jangan cair dan jangan pekat sangat.

- bagi muka yang bermasalah jerawat boleh campurkan sedikit asam jawa (dalam 1 sudu kecil) ke dalam tepung.
jangan banyak sgt asam jawa nati muka pedih.

- apply kat muka pada waktu malam sebelum tidur. ala2 mask la..
untuk kesan lebih baik dan selesa, anda digalakkan baring sementara menunggu mask kering kat muka.

- kalau dah tertidur tu takpe teruskan tidur
tapi pastikan bangun pagi terus cuci ya
nanti kulit muka terlalu kering tak bagus juga.

-barang senang didapati
-jimat kos
-kulit sudah tidak berminyak
-kulit makin cerah
-kulit makin tegang
-jerawat cepat kering


mudah!
dulu2 rajin la selalu bancuh..buat kat hostel bersama roomate..pastu pi kacau orang..ahaha kejams~
makin lama makin malas..memang da standby tepung beras kat tepi sinki. time basuh muka wajib ambil segenggam tepung, picit air bio pure from elken kat tepi sinki tu then trus apply lembut kat muka. 2-3 kali gosok2 muka (pelan2 tau tak pasal2 gelap+pedih muka nanti) pastu basuh. ahaha pemalas punya budak'ss  =p  * kalau rasa agak2 muka terlalu kering kurangakan. buat la dalam seminggu sekali ke depends la.


ada lagi 1 petua dari ZBF. 
kalau Jus Tamusari (ubat untuk titik kat jerawat yang besar2) dah habis,
boleh letakkan garam kat jerawat kesayangan. jerawat itu nanti akan cepat masak.
tapi yang ini saya tidak amalkan sangat. mungkin tidak sesuai dengan muka saya. 

*jerawat kalau kita sayang die jerawat akan berkurangan tapi kalau kita benci dia mesti dia akan keluar bertambah2 banyak dengan girangnya. setuju??
maka dengan ini sayangi lah jerawat2 anda sehingga cukup kasih sayang yang di beri dia akan berlalu pergi dengan selamat dari wajah anda. huehuehueee....  

jus kesukaan
 
ini pula jus MONA-VIE. jus yang lazat dan berkhasiat. saya siap buat minuman wajib setiap kali breakfast, lunch n dinner dah macam air anggur+susu...hehehe rasa nk togak je smpai habis. sedak sangat! isk'

jus ini bagus untuk pelancaran darah dan menghidupkan kembali sel2 dalam badan kita.
saya minum sebab saya ada resdung. lepas try 1 penutup kecil air ini trus hingus meleleh2 tak berhenti eeeuuuuw~ disgusting. + demam teruk. tapi seminggu je lepas tu oke balik terus rasa badan ringan dan lebih gagah dari biasa kurang sikit je dari badang. hehehe. bila darah dah oke kulit muka pun makin pulih. scar2 yang tertinggal sudah mula berkurangan.

yang best nenda di kampung minum juga. time tu tok tengah menghitung hari nak operate buang selaput mata. bila buat chekup before operate doktor cakap selaput tok makin mengecil. tapi still operate sebab selaput tu masih ada. lambat berkenalan dengan jus mona-vie. apa-apa pun semuanya kuasa Allah.




yang ini pun saya panah makan. BEST!! 
rambut pun kurang gugur. bayak sangat kebaikan VCO nie. saya rasa jelitawan di luar sana pun mungkin sudah sedia maklum akan kebaikan dan kelebihan VCO ini. siapa2 yang belum ada VCO boleh dapatkan segera dengan agen2 VCO. pastikan yang original ya! =)



oke yang ini pula jelly aloe vera kesukaan saya. untill now tak boleh berpisah. apa2 product saya pakai pun malam still nak apply aloe vera nie. rasa macam tak lengkap tanpa aloe vera.
dah lah murah lambat habis. berbaloi-baloiiiii!

untuk khasiat dan kelebihan aloe vera jelly boeh trus tgk kat sini
nak order pun boley tadak masalah. saya bukan agen De'Bella tapi saya boleh dapatkan untuk anda sebab saya adalah pengguna tegar aloe vera jelly nie.


ada kawan saya cakap muka pengasas CCPP kat kotak nie macam muka suami lisdawati pakai tudung. adoiii lawak betui~


CCPP nie saya baru start minum 2-3 hari sebelum puasa dan sampai sekarang. sahur saya mesti ambil 1 sachet kenyang smpai malam pastu bertenanga. boleh jadi hyper nak suruh panjat bumbung masjid siang2 hari + puasa pun boleyy :-p

baru2 nie timbang dah turun 5 kg. perghh~ 
teruja tak????? ahahah boleh p search skang cari agen CCPP oder 3 set trus! ahak's
banyak lagi khasiat CCPP nie...apa2 pun pastikan yang original ya...


segala yang baik datang dari Allah. Sihat kita bertujuan untuk beribadah kepada Allah.
segala yang buruk datang dari saya sendiri *ucapan penutup time skolah dolu2 ihik'
 SELAMAT MEMBURU LAILATUL QADAR
SELAMAT BERIBADAH
SALAM RAMADHAN 

Saturday, August 4, 2012

kasi tips la pule

Assalamualaikum.....

entry kali ini special siket untuk berkongsi tips2 kecantikan luaran dan dalaman..
bunyi cam pakar kecantikan pulek...actually saya hanya orang kebanyakkan insan biasa berhidung bulat bermata kecik bukan sepet heeee~ bukan artis , bloger terkenal mahu pun model.. apa yang saya mahu share hanya dari pengalaman jatuh bangun sepanjang hidup.

segan sangat nk show off pic zaman jahiliah nie..ehehe..tp exclusive sebab nak share benda baik just think +ve  ;)

those yang ada sakit jantung jangan teruskan membaca entry ini ya..sila off dan bertadarus sampai khatam.. peace~ ^^, v



2010
2012



















picture kiri itu adalah saya..jgn terkejut..rilex je buat2 biasa..if tak mamapu nak tengok lagi sila tutup sebelah mata ya..dan mulut jangan ternganga  =)

hanya those yang menglami pengalaman yang sama memahami apa yang saya pernah rasa dulu..
sukar nak hadapi kehidupan seharian macam biasa.. malu nak keluar bilik berhadapan orang ramai. rasa nak pakai purdah je. dah la aktiviti sem 5 sgt banyak isk=(
menggangu ibadah harian. bayangkan awak sujud time solat muka awak macam nak tercabut jatuh atas sejadah.. hyperbola =p. apa yang saya maksudkan di sini sagat sukar. keadaan muka sangat panas dan berat + bengkak. nak sentuh muka pun takot. nak jalan laju2 pun awak boleh rase yang muka awak macam gegar2 nak jatuh sagat tak best. tragisss! =(

tapi saya bersyukur sebab time ini la kita boleh nilai siapa antara kawan-kawan yang betul2 ikhlas nak berkawan dengan kita dan siapa yang memilih paras rupa untuk berkawan dengan kita. Alhamdulillah rakan2 saya boleh terima keadaan saya seadanya baik rakan bilik..rakan kelas dan rakan2 kolej. BERSYUKUR SANGAT.

namun sebaliknya ramai insan2 di luar bila nmpak muka saya yang macam big foot ini mengambil kesempatan menawarkan produk2 mereka.
ada yang sampai nak maki2 sebab saya taknak beli produk2 yang mereka tawarakan. saya paham niat mereka baik. tp saya lebih berhati2 dalam memilih produk lebih2 lagi dengan keadaan saya yang macam itu.

sehinggalah rakan baik saya meng'syor'kan saya untuk membuat rawatan di Zai Beautu Formula .
nak cakap uols ZBF terbaik noks..layanan bak puteri di raja. dah nama pun rahsia kecantikan di raja. dah masuk rasa macam tak nak balik isk~

pada awalnya pihak ZBF terkejut dan tidak berani nak ambil resiko merawat muka saya.
takot saya tak tahan sebab produk ZBF nie TIADA CHAMICAL semua natural..kebiasaannya produk ZBF akan keluarkan dahulu segala chemical2 di sebalik kulit muka dan dalaman sehingga muka kita bebas chemical dan mereka jangka dalam masa 3 bulan untuk pulih kan muka saya. 

sebelum saya membuat keputusan mahu ke ZBF saya dah ke klinik ambil ubat bagai..tapi xdak apa2 kesan pun. akhirnya  pihak ZBF trima juga saya untuk membuat rawatan di situ. *munken tengok keadaan saya yang sadis sangat ketika itu. isk =(

 sedikit info about ZBF:
- produk2 di hasilkan dengan kaedah penapaian (nak tahu penapaian tu macam mana boley search kt google =)) dan dihasilkan sendiri oleh pengasas DR TUNKU ZAIDAR
- bahan semulajadi tanpa bahan pengawet. 
- produk ZBF ada YIS berfungsi untuk bagi produk tahan lama.
- ada expired date.
- bau2 herba dan masam tiada mengandungi pewangi.
mahu lagi detail boley trus ke page ZBF

oleh kerana produk ZBF ini boley tahan jugek la harganya. dan saya pula student lagi ketika itu.
pihak ZBF bagi sedikit petua untuk mencuci muka menggantikan produk2 ZBF yang dah habis.
nanti next entry saya ceritakan apa petua yang ZBF bagi. see kan saya dah cakap ZBF ini sangat bagus dan baik hati dah la layan kita like a princess..wuuu dreaming~
apa yang bagus baru mencuba produk ini muka saya memberi kesan yang +ve dalam masa seminggu dua sahaja. pihak ZBF agak terkejut dan seronok sebab mereka jangka muka saya akan pulih dalam masa 3 bulan. 

untuk permulaan ini saya akan berkongsi tips2 untuk uols yang mahu membuat treatment muka di mana2 spa kecantikan.
-pastikan jerawat di muka anda tidak dipicit, dan di pecahkan
ini pesanan dari ZBF. cara rawatan dengan memicit jerawat di muka sangat tidak bagus. ianya boleh meninggalkan kesan2 parut dimuka. andai kata ubat yang di sapu di muka selepas jerawat di picit tidak sesuai dengan muka anda, resikonya jerawat anda akan tumbuh bagai cendawan tumbuh selepas hujan. beware oke jelitawan2 yang baca entry ini =)

-haba/wap panas
rawatan ini juga tidak sesuai. ianya bagus untuk jerawat senang keluar tanpa di picit. tapi kesannya riang roma/pori2 di wajah anda yang tulus mulus bak sutera akan terbuka. nanti kulit dah tak mulus lagi.



sebenarnya saya sedang keyin data in CMMS sekarang ini...ahaha sempat lagi update blog. erk tak baik punyeee...nanti kita smabung dalam next entry produk2 lain yang saya pakai untuk memulihkan muka saya yang kritikal ketika itu.. =))
 salam mesra.. =)